Sunday, January 4, 2009

Kisah Temuduga

Seorang CEO ingin mencari eksekutif baru dalam syarikatnya. Dari beribu 
permohonan, hanya empat yang betul-betul menarik perhatiannya. 
Bagaimanapun beliau tidak dapat memilih antara keempat-empat orang calon tersebut,lantas memanggil kesemuanya untuk ditemuduga (beliau tidak sekaya Donald Trump untuk menganjurkan temuduga seperti The Apprentice). 

Setelah keempat-empat calon berada di hadapan beliau, CEO tadi pun mula berkata, 

�Saya ada satu soalan yang mungkin memberi jawapan berbeza, calon yang memberikan jawapan terbaik akan diterima untuk bekerja di sini� 

�Soalannya adalah apakah perkara atau benda yang paling pantas sekali?�, tanya CEO tersebut. 

Calon pertama berkata, �FIKIRAN, kerana kadang ianya datang sendiri tanpa kita sedari� 

�Bagus, satu jawapan yang baik�, kata CEO tadi. 

�Kamu pula?�, tanya nya kepada calon kedua. 

�KELIP MATA, kerana tanpa kita sedari, sebelum sempat kita buat apa pun, mata kita dah berkelip�, jawab calon kedua. 

�Satu jawapan yang sangat baik, lagipun perumpamaan melayu pun ada sebut SEKELIP MATA melambangkan kepantasan�, kata CEO itu. 

�Bagaimana kamu pula?�, tanya CEO kepada calon ketiga. 

�Kalau kita tengok, lampu KLCC dihidupkan dengan pantas walaupun bangunan tu tinggi. Jadi saya rasa MENGHIDUPKAN LAMPU adalah paling pantas, jawab calon ketiga. 

�Jawapan yang terhebat setakat ni. Bagaimana pula dengan kamu?� 

CEO terus mengusulkan soalan kepada calon keempat dengan merasakan calon ketiga hampir pasti menjadi eksekutif baru di syarikatnya dengan jawapan yang sangat bagus sebentar tadi. 

�Setelah diteliti jawapan calon-calon sebelum saya ni tadi, saya rasa 
perkara yang paling pantas sekali adalah CIRIT-BIRIT�, jawab calon keempat dengan yakin sekali. 

�Haaa�???? CIRIT-BIRIT ???? Kamu ni tak serius langsung, macamana kamu boleh mintak kerja dengan syarikat saya ni?�, CEO terkejut dengan jawapan calon keempat tadi. 

�Begini tuan, malam kelmarin saya terjaga di tengah malam dengan rasa 
sakit perut yang amat sangat. Belum sempat saya FIKIR , KELIP MATA atau MENGHIDUPKAN LAMPU, benda tu dah terkeluar dah����..� 

Calon keempat diterima menjadi eksekutif baru syarikat berkenaan����..